Tuesday 22 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah



Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t


            Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi cerita di entry saya yg ke-2 ini. Dan tidak lupa juga selawat dan salam kepada rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w kerana esok merupakan hari yg bersejarah bagi semua umat Islam di dunia dimana ulang tahun Keputeraan seorang Pesuruh Allah yg kita cintai dan sentiasa di kasih. Esok, iaitu 12 Rabiulawal 1434 Hijrah. bersamaan 24hb Januari 2013. Apa yg saya dapat kongsikan, esok suda pasti ramai orang yg akan berarak.. setiap kampung, badan dan persatuan akan melibatkan diri untuk sama2 meraihkan hari Keputeraan Rasulullah s.a.w. Insyaa Allah,selepas maghrib nanti sudah pasti orang masjid di kampung saya akan berselawat beramai2 dan tidak lupa juga setiap orang kampung akan membawa makanan utk diberi kpd org masjid sebagai jamuan yg sederhana untuk meraihkan Maulidur Rasul bersama2. Ini menjadi tradisi atau kebiasaan bagi org di kampung saya jika ada hari bersejarah seperti Maulidur Rasul. Tidak lupa juga tema Maulidur Rasul pada peringkat kebangsaan sempena sambutan yg ke 1434 Hijrah ialah “WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”. Apa yg saya faham selepas meng’Google dan meringkaskan makna ayat Wasatiyyah yg maksud sikap bersederhana dan secara ringkasnya keseluruhan tema untuk tahun ini bermaksud sikap bersederhana menjadi asas kepada perpaduan ummah. Sampai di sini sahaja yg dapat saya kongsikan utk entry saya yg ke-2 ini.  Semoga kita sentiasa memperbanyakkan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w serta mengadaptasikan setiap sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan harian kita. Insyaa Allah. Aammin. 

            " Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang 
              paling banyak berselawat kepadaku" - Al- Nasai & Ibn Hibban



 

Sekian, wassalam.

Nazmah

Monday 21 January 2013

Mukadimah..









Bismillahirahmannirahhim..


 Assalamualaikum w.b.t


Selamat datang ke blog baru ku.. Nazmah.com. Sebagai mukadimah untuk blog saya ini, saya cuma ingin memperkenalkan diri saya.. Saya merupakan puteri ke-2 kepada pasangan yg paling tercinta iaitu Puan Nuranijah Ibrahim dan Encik Zulkifli Pitting. Dilahirkan pada 25th Oktober 1990, diberi nama Siti Nurul Nazmah Bte Zulkifli. Mempunyai 8 orang adik beradik dan saya ialah kakak yg paling sulung. Kawan2 biasa panggil DD, didie, atau Didi (sama ja bunyi tapi beza ejaan)  Hehe.. Orang disekeliling  selalu cakap yg saya ne pemalu, lemah lembut, ayu, suka senyum, periang, dan macam2 lagi.. tapi bagi saya, saya cuma orang yg biasa2 ja..pandai mengamuk, emosi sikit, dan boleh berubah mengikut keadaan.. Dalam bab mengenali ne, kita nda perlu expect kesempurnaan dari seseorang, biar masa ja yg akan membawa utk  mengenali siapa dia. Apapun, saya percaya manusia sentiasa berubah mengikut masa dan keadaan..dan mungkin setiap orang perlu mengenali seseorang itu sebelum menilai siapa mereka yg sebenarnya.. macam pepatah melayu, tak kenal maka tak cinta ataupun dalam bahasa english nya Don’t judge a book by its cover. Okay?  Hehe.. (rasa mcm budak2 yg baru berkenalan, formal dan berhati2 gitu) So, follow blog saya dan saya akan follow blog anda.. mungkin kita boleh berkongsi cerita, pengalaman, info, ilmu dan yg paling penting kita dapat mengenali antara satu sama lain.. kan? kan? Hehe... Jadi, hai hai dan salam perkenalan semua! 

xoxo,

 Nazmah