Tuesday, 22 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah



Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.b.t


            Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada saya untuk berkongsi cerita di entry saya yg ke-2 ini. Dan tidak lupa juga selawat dan salam kepada rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w kerana esok merupakan hari yg bersejarah bagi semua umat Islam di dunia dimana ulang tahun Keputeraan seorang Pesuruh Allah yg kita cintai dan sentiasa di kasih. Esok, iaitu 12 Rabiulawal 1434 Hijrah. bersamaan 24hb Januari 2013. Apa yg saya dapat kongsikan, esok suda pasti ramai orang yg akan berarak.. setiap kampung, badan dan persatuan akan melibatkan diri untuk sama2 meraihkan hari Keputeraan Rasulullah s.a.w. Insyaa Allah,selepas maghrib nanti sudah pasti orang masjid di kampung saya akan berselawat beramai2 dan tidak lupa juga setiap orang kampung akan membawa makanan utk diberi kpd org masjid sebagai jamuan yg sederhana untuk meraihkan Maulidur Rasul bersama2. Ini menjadi tradisi atau kebiasaan bagi org di kampung saya jika ada hari bersejarah seperti Maulidur Rasul. Tidak lupa juga tema Maulidur Rasul pada peringkat kebangsaan sempena sambutan yg ke 1434 Hijrah ialah “WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”. Apa yg saya faham selepas meng’Google dan meringkaskan makna ayat Wasatiyyah yg maksud sikap bersederhana dan secara ringkasnya keseluruhan tema untuk tahun ini bermaksud sikap bersederhana menjadi asas kepada perpaduan ummah. Sampai di sini sahaja yg dapat saya kongsikan utk entry saya yg ke-2 ini.  Semoga kita sentiasa memperbanyakkan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w serta mengadaptasikan setiap sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan harian kita. Insyaa Allah. Aammin. 

            " Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang 
              paling banyak berselawat kepadaku" - Al- Nasai & Ibn Hibban



 

Sekian, wassalam.

Nazmah

No comments:

Post a Comment